Saturday, 25 November 2017

RAHSIA ISI MINYAK YANG ANDA TAK TAHU


Image result for ISI MINYAK










4 Rahsia Isi Minyak Yang Anda Tidak Tahu


1. Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk
Kapasiti minyak petrol lebih banyak pada waktu sejuk berbanding waktu panas di siang hari yang mana ianya mempunyai wap yang berlebihan. Jika anda mengisi minyak di waktu tengah hari, akan kelihatan wap petrol keluar dari tangki minyak anda.
2. Isi minyak dengan perlahan-lahan
Cara ini adalah supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda. Kawal picu dengan menarik secara separuh penuh. Ini dapat mengurangkan wap keluar bersama-sama petrol.
3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh
Ini kerana semakin banyak baki minyak dalam tangki semakin kurang kapasiti ruang udara yang dipenuhi wap sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.
4. Isi minyak petrol ikut liter
Amalkan pengisian minyak dalam lliter, bukannya ringgit.
Contoh:
Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter. pastu bayar RM46. ini lebih baik daripada isi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter. Sedangkan nozzle hanya menyukat sehingga 2 tmpt perpuluhan sahaja.

p/s : Jangan lupa untuk matikan enjin kereta dan elakkan penggunaan handphone semasa mengisi minyak serta jangan lupa kunci kereta semasa mengisi minyak untuk mengelakkan kes kecurian yang sering berlaku di stesen minyak.

Sila follow dan share info bermanfaat.

Friday, 24 November 2017

TIP PANDU SELAMAT KETIKA HUJAN LEBAT






TIP PANDU SELAMAT KETIKA HUJAN LEBAT


Tip di bawah khas buat mereka yang memandu dan tiba-tiba hujan lebat. Anda sepatutnya menukar gaya pemanduan normal anda secepat mungkin. Hujan lebat atau cuaca buruk menuntut anda supaya lebih berhati-hati dan fokus. Ingat, pelumba profesional atas trek pun akan memperlahankan kenderaan mereka apabila hujan lebatMEMANDU ketika hujan lebat sangat berbahaya. Fakta menunjukkan banyak kenderaan berpotensi rosak ketika hujan akibat masalah enjin dan sistem elektrikal, lebih-lebih lagi kereta lama. Namun, jika keadaan tidak dapat dielakkan, anda boleh ikuti tip pandu selamat ketika hujan lebat seperti di bawah.


JIKA BELUM MEMANDU


tunggu-hujan-berhenti
Anda sepatutnya mengelak memandu ketika hujan lebat dan itulah sebaiknya. Jika merancang perjalanan jauh, anda boleh batalkan saja atau tangguhkan perjalanan.  Jika mahu pulang bekerja, tunggulah hujan reda. Tetapi jika terpaksa juga memandu ketika hujan lebat kerana ada hal penting atau hujan tiada tanda mahu reda, ikutlah tip-tip berikut:
1. TANGGUH PERJALANAN
Jika penjalanan anda tidak begitu penting, apa kata tunggu saja hujan reda atau berhenti dahulu. Ini kerana memandu dalam hujan lebat amat berbahaya. Anda mungkin perlu menempuh jalan banjir, kesesakan lalu lintas teruk dan bahaya lain seperti pokok tumbang atau papan tanda melayang.
2. RANCANG PERJALANAN
Elakkan kawasan yang anda tahu kerap terjejas dengan mengenal pasti jalan-jalan berisiko banjir dan sesak teruk akibat banjir kilat selepas hujan.
3. MAKLUMKAN PERJALANAN
Beritahu keluarga atau rakan di rumah bahawa anda mahu pulang. Biarkan mereka tahu laluan yang anda akan lalui dan masa dijangka sampai.
4. PERIKSA BILAH PENGELAP
Jangan memandu dalam keadaan bilah pengelap tidak berfungsi baik atau getah rosak. Baiki atau tukar segera.
5. ISI MINYAK
Anda mungkin terperangkap lama dalam kesesakan. Pastikan minyak diisi secukupnya.
6. CAJ TELEFON BIMBIT
Amat penting untuk berdepan sebarang kesukaran sepanjang pemanduan. Sila caj penuh sebelum bertolak atau bawa bersama bank kuasa atau pengecaj dalam kereta.

JIKA SEDANG MEMANDU

hujan-lebat

1. HIDUPKAN LAMPU
Buka lampu suluh rendah (low-beam) sepenuhnya. Ini untuk memudahkan anda dilihat kenderaan hadapan dan belakang. Walaupun hujan lebat ketika siang, anda tetap perlu memasang lampu.
2. JANGAN GUNA LAMPU KABUS BELAKANG (REAR FOG LAMP)
Sebenarnya hujan lebat masih belum cukup melayakkan anda menggunakan lampu kabus belakang melainkan jarak penglihatan berada pada tahap kurang 100 meter, iaitu ketika hujan ribut atau hujan kabus di kawasan tanah tinggi. Ini kerana lampu kabus belakang boleh mengaburi lampu brek dan menyilau pandangan pemandu belakang.
3. MEMANDU JARAK SELAMAT
Pastikan jarak selamat dengan kenderaan hadapan. Ini penting supaya anda ada cukup ruang untuk berhenti jika kenderaan hadapan membrek kecemasan. Anda boleh gunakan 'Peraturan 4 Saat'.
4. WASPADA KENDERAAN LAJU ATAU BESAR
Segera jauhi kenderaan besar seperti lori atau trak untuk mengelak tersimbah air yang boleh mengurangkan kejelasan pandangan. Begitu juga kenderaan laju, beri saja laluan kepada mereka dan tidak perlu berkonfrontasi.
5. DENGAR RADIO
Radio kebiasaannya akan melaporkan keadaan trafik, ramalan cuaca dan amaran banjir dari masa ke semasa. Jadi, kekalkan pendengaran anda.
6. TUTUP BONET JIKA TERKANDAS
Jika kereta terkandas, jangan tinggalkan kereta anda dalam keadaan bonet terbuka. Tutup bonet dan duduk dalam kereta hingga bantuan tiba.
7. JANGAN MEMANDU LAJU
Lopak air boleh menghilangkan sentuhan tayar dengan permukaan jalan, sekali gus mengurangkan cengkaman brek dan tayar. Jadi, jangan memandu laju dan kekalkan jarak selamat. Pegang stereng dengan kedua-dua belah tangan bagi mengelak hilang kawalan.
8. PEKA DENGAN PENGGUNA JALAN RAYA LAIN
Bukan hanya anda saja yang menggunakan jalan raya. Sila prihatin dengan pengguna jalan raya lain, terutama penunggang motosikal dan pejalan kaki. Pastikan kereta anda tidak menyebabkan air tersembur ke arah mereka.
9. JANGAN PASANG LAMPU BAHAYA (HAZARD LIGHTS)
Jangan sesekali cuba memasang lampu bahaya, kononnya supaya pemandu lain dapat melihat anda. Cukup sekadar menyalakan lampu sedia ada (lampu depan) dan tambahan lampu kabus hadapan. Buka lampu bahaya hanya jika berlaku kecemasan, iaitu apabila kereta anda rosak dan berhenti tiba-tiba di tengah jalan, ataupun terpaksa diparkir di lorong kecemasan.
Lampu bahaya juga boleh dihidupkan jika di hadapan anda berlaku situasi kecemasan seperti kemalangan atau kereta pemandu lain rosak. Ya, ia digunakan untuk memberitahu pemandu di belakang bahawa anda sedang memperlahankan kenderaan. Jadi, tidak perlu langsung memasang lampu bahaya!

Friday, 3 November 2017

ANGGARAN PENDUDUK DI MALAYSIA

ANGGARAN PENDUDUK DI MALAYSIA



Biar betul ni?

Mengikut statistik tahun 2016, jumlah bilangan penduduk di Malaysia adalah 31.7 million.

So, berapa ramai yang ada masalah untuk keluar membeli barang-barang keperluan seharian? Buat sementara ni, servis kami hanya khusus untuk penduduk Tumpat, Kelantan. Namun, mengikut perancangan, kami akan besarkan kawasan servis mengikut keperluan masyarakat setempat.

Pada yang berminat dengan perkhidmatan yang kami sediakan, Boleh tinggalkan komen cadangan kawasan yang Nak servis "kedai runcit Online" ini.





ANAK SEMAKIN BIJAK