KEDAI RUNCIT MJ ONLINE
Thursday, 11 April 2019
Monday, 4 March 2019
ZIKIR & SELAWAT WAJIB DENGAR
Assalamualaikum, Haiiii.
Salam ukhwah dari Fara. semoga semua yang dengar Zikir & selawat lengkap ni dimudahkan segala urusan dunia akhirat, amin YRA.
Sunday, 23 September 2018
Starfeather (Official Music Video) - Faizal Tahir
Faizal Tahir - Starfeather Lirik
Bila ku pejam mata
Ku mendoakan dirimu
Tabah dengan ujianmu
Bila ku hilang arah
Kau sedarkan diri aku
Bersyukur pada Yang Satu
Kau tetap tabah dalam mengharungi
Hidup yang penuh dengan onak duri
Andai kau pejam mata
Dunia 'kan bersamamu kamu tahu (yeah)
Andai kau hilang arah
Tuhan tetap bersamamu aku tahu.
If you feel like you've got
The weight of the world on your shoulders
Look around, you're alive, Alhamdulillah
Kau tetap tabah dalam mengharungi
(Like the weight of the world on your shoulders)
Hidup yang penuh dengan onak duri
(Like the weight of the world on your shoulders)
Andai kau pejam mata
Dunia 'kan bersamamu kamu tahu (yeah)
Andai kau hilang arah,,,
Tuhan tetap bersamamu aku tahu,,,
(If you feel like the weight of the world on your shoulders)
(Like the weight of the world on your shoulders)
(If you feel like the weight of the world on your shoulders)
(If you feel like)
I will be with you
I will alive if you,,,
Andai kau pejam mata
Dunia 'kan bersamamu. kamu tahu
(If you feel like the weight of the world on your shoulders)
Andai kau hilang arah,,,
Tuhan tetap bersamamu aku tahu,,,,
If you feel like you've got,,
The weight of the world on your shoulders
Look around, you're alive
(Like the weight of the world on your shoulders)
If you feel like you've got,,,
The weight of the world on your shoulders
Look around, you're alive, Alhamdulillah,,,
Sunday, 2 September 2018
Mendapat anak yang pintar adalah impian setiap ibu ayah. Kita semua tahu anak yang mempunyai intelektual tinggi cenderung membesar menjadi insan yang berjaya. Di sini, kami kongsikan cara untuk anak bijak yang boleh anda praktikkan bermula dari hari ini.
Tip yang kami kongsikan ini bukan saja cara untuk buat anak bijak dari segi intelek (IQ) atau akademik, malah pintar dari segi emosi atau EQ (emotional quotient).
Panduan yang komprehensif – 20 cara untuk anak bijak
Malah, dengan mencuba panduan di bawah, si kecil anda mungkin akan jadi lebih “street-smart” dan tahu bagaimana untuk mengatasi masalah yang mendatang dalam hidupnya.
Kebijaksaan ini boleh dipupuk sejak anda hamil lagi dan seterusnya apabila si kecil melalui fasa bayi dan kanak-kanak.
Di sini, kami kongsikan dengan anda 20 cara untuk menjadikan anak anda seorang yang pintar dari segi IQ dan EQ.
Semasa dalam kandungan
1. Senaman

Kredit: Momjunction.com
Kajian menunjukkan senaman semasa hamil mampu menstimulasi pertumbuhan kognitif bayi yang masih dalam rahim.
Cumanya, dapatkan nasihat doktor sebelum anda melakukan sebarang jenis senaman.
2. Asid lemak omega 3
Ibu yang sedang hamil juga digalakkan untuk mengambil makanan yang kaya dengan asid lemak omega 3. Ia cara untuk anak bijak yang sesuai diamalkan sejak hamil.
Makanan seperti salmon, bayam, flaxseeds, kacang walnut dan sebagainya adalah bagus untuk bayi anda.
3. Bercakap dengan bayi dalam kandungan
Ibu yang hamil juga digalakkan untuk banyak bercakap dengan bayi dalam kandungan sebagai cara untuk anak bijak.
Suara anda akan dibalas dengan tendangan lembut oleh si kecil dan pada masa yang sama, anda sedang menstimulasi emosi mereka. Ketika ini, kemahiran EQnya sedang diasah!
4. Dapatkan bekalan nutrisi yang mencukupi

Kredit: Ctvnews.ca
Pakar juga menyatakan bekalan nutrisi semasa kehamilan, seperti asid folik, dapat membantu membina sel “bijak” dalam otak bayi anda.
Malah, ia turut membantu mengelak risiko spina bifida dan membantu tumbesaran sel otak.
Dengan perkembangan minda yang sihat, bayi anda cenderung untuk membesar menjadi seorang kanak-kanak yang pintar.
5. Tempoh kehamilan yang lengkap
Kalau anda nak tahu, semakin lama bayi anda kekal dalam rahim (selama 40 minggu), semakin baik perkembangan otak si kecil.
Pada usia 35 minggu, saiz otak anak anda hanyalah 2/3 daripada saiz yang sepatutnyayang akan berkembang pada usia 39 atau 40 minggu.
Semasa bayi berusia 0-1 tahun
6. Penyusuan badan
Para pengkaji percaya ada kaitan antara tumbesaran minda bayi dengan durasi penyusuan badan yang anda berikan padanya.
Jadi, cuba amalkan penyusuan badan selama yang mungkin selepas bersalin. Proses penyusuan ini juga membantu membina kemahiran emosi melalui hubungan bonding.
7. Buat eye contact dengan bayi

Kredit: Mom365.com
Ya, penglihatan bayi anda masih terbatas selepas beberapa minggu dilahirkan.
Tapi, ia tidak bermaksud yang dia tidak dapat mengenal insan paling penting dalam hidupnya – anda sebagai ibu!
Dengan melakukan hubungan eye contact secara kerap dengan si kecil anda, anda telah membantu menstimulasi otak dan membina memorinya.
8. Menyanyi
Ini juga adalah cara untuk anak bijak: menyanyi. Bayi dapat mengenal suara anda sejak dari dalam kandungan lagi.
Dengan selalu mendengar nyanyian anda, si kecil dapat melihat semula memori lama.
Malah, belajar irama nyanyian juga ada dikaitkan dengan kebolehan belajar matematik! Ia sedikit sebanyak membantu melahirkan kanak-kanak yang tinggi IQnya.
9. Stimulasi pergerakan objek sekeliling
Letakkan mainan gantung pada katil bayi dan biarkan ia bergerak. Mata anak akan mengikuti pergerakan tersebut.
Dengan ini, si kecil anda dapat melatih mata dan otaknya untuk menghantar dan menerima isyarat koordinasi serta belajar konsep dekat dan jauh.
10. Bercakap bahasa bayi
Ya, kita memang suka bercakap bahasa bayi dengan anak kita. Antara cara untuk anak bijak adalah dengan “bersembang” dengan si kecil menggunakan bahasanya.
Dengan melakukan aktiviti ini, saintis percaya yang anda sedang menstimulasi bahagian otak si kecil yang berkaitan dengan bahasa dan pertuturan!
Semasa usia kanak-kanak 1-5 tahun
11. Baca kisah kanak-kanak

Kredit: Healthyfamiliesbc.ca
Antara cara untuk anak bijak adalah meluangkan masa dan membaca kisah kanak-kanak dengannya.
Bukan saja ia membantu meningkatkan kemahiran fokus si kecil, malah dia turut boleh belajar bahasa, membaca, dan pertuturan.
Nilai moral dan pengajaran dalam kisah kanak-kanak juga dapat dipupuk bagi membina kemahiran EQ si kecil.
12. Pupuk sikap suka meneroka
Biarkan si kecil meneroka kawasan sekelilingnya, walaupun ia bermakna yang dia akan membuat sepah dalam rumah.
Anda hanya perlu memastikan keadaan rumah cukup selamat untuk diterokai oleh anak anda.
Proses meneroka ini akan menstimulasi memori dan beberapa fungsi kognitif yang lain di mana ia penting bagi IQ dirinya.
13. Latih anak anda membeli-belah
Aktiviti membeli-belah juga boleh dijadikan sebagai platform untuk memupuk perkembangan IQ dan EQ si kecil.
Ia akan memperkenalkannya dengan bunyi, objek dan melatihnya konsep warna serta nombor.
Sambil membeli-belah, ajarinya tentang konsep di atas dengan cara berikut:
- Katakan padanya “Wah, tengok epal merah itu“
- Katakan juga padanya “Ibu perlukan lima biji kentang, jom kita kira. Satu, dua, tiga, empat dan lima!”
- Ketika membayar, katakan padanya “Kita perlu beratur dan tunggu giliran untuk bayar. Jangan potong barisan, tak baik.“
14. Bermain baa-cak dengan anak

Kredit: Montessorikidsugarland.com
Bermain peek-a-boo atau “baa-cak!” dengan anak juga bagus untuk perkembangan IQnya.
Ia bukan sahaja mendidik si kecil untuk peka, fokus, dan melatih kemahiran jangkaan dirinya, malah turut membantu “separation anxiety“!
15. Bawa anak melihat alam
Pada hujung minggu, bawa anak anda bermain di luar. Dedahkan dirinya dengan alam seperti hutan, sungai, tasik, laut dan gunung-ganang.
Ia membantu menstimulasi minda dan derianya. Ajarinya juga nama-nama bunga dan pokok dan lihatlah anak anda menjadi seorang kanak-kanak yang bijak!
16. Banyakkan mengira bersama anak
Didik anak anda konsep nombor dan mengira sedari awal. Masukkan aktiviti mengira dalam setiap perkara yang anda lakukan bersama anak anda.
Contohnya, kira berapa banyak anggur di dalam pinggannya, kira berapa mainan yang ada dalam bakul, dan sebagainya.
Lambat laun, anda akan perasan yang si kecil anda mampu mengira dan kenal nombor dengan cepat!
17. Memberikan tugasan kecil

Kredit: Wonderma.sg
Dengan memberikan tugasan mudah pada anak anda, ia dapat memupuk EQ yang tinggi.
Sikap matang, berdikari, dan bertanggungjawab sudah dipelajarinya dari kecil. Antara tugasan mudah yang boleh diberikan kepadanya adalah:
- Menyusun semula mainan dalam kotak
- Membawa keluar baju dari bakul
- Mengangkat cawan dan pinggan plastik ke sinki
- Menyapu atau mengemop lantai
18. Membela haiwan
Jika anak anda tidak alah pada haiwan dan kebetulan anda ada membela haiwan peliharaan, anda boleh melibatkan si kecil dalam hal penjagaan haiwan tersebut.
Ia penting untuk perkembangan EQ dirinya di mana ia mengajar sifat baik hati dan tanggungjawab dari usia kecil!
19. Bercakap tentang emosi dengan anak
Antara cara untuk anak bijak dari segi EQ adalah dengan melatih dirinya berbincang tentang emosi yang dirasainya.
Adakah dia gembira dan mengapa? Kenapa dia menangis dan bersedih? Semua ini bagus untuk perkembangan emosi dirinya.
Malah, anak anda akan membesar menjadi insan yang sensitif dengan perasaan orang di sekeliling.
20. Banyakkan bermain!
Melompat, memanjat, berlari…semua ini bagus untuk perkembangan fizikal dan kemahiran motor dirinya.
Bawa anak anda ke taman pada waktu petang dan biarkan anak bersosial dengan rakan-rakan lain. Ia bagus untuk EQ si kecil!
Setiap aktiviti di atas adalah cara untuk anak bijak dan pada masa yang sama, membina hubungan bonding antara ibu ayah dan anak-anak. Mari kita amalkan!
Wednesday, 29 August 2018

6 Tips Memulakan Perniagaan Yang Anda Mungkin Belum Terfikir Sebelum Ini
oleh Farahanis Mail pada 16 March 2018
Anda bercadang untuk memulakan perniagaan? Sudah membuat segala
persiapan untuk memulakannya? Atau anda masih ragu-ragu untuk
memulakannya?Memulakan perniagaan memang satu perkara yang menyeronokkan. Hampir semua usahawan memulakan perniagaan kerana ingin tambahan pendapatan, bahasa lain “ingin duit lebih”.
Kalau niat sekadar ingin duit lebih sahaja, perniagaan yang anda ingin bina mungkin tidak pergi jauh. Cuba pasangkan niat, “Saya berniaga bukan sekadar ingin duit lebih, saya inginkan kebebasan dari segi pilihan, wang dan masa.”
Disebabkan itu, kami ingin kongsikan 6 tip yang kami rasa amat penting bagi anda yang ingin “start enjin” perniagaan. Tip ini sangat ringkas, mudah difaham dan ianya perlu ada… lagi-lagi bagi anda yang baru hendak bermula.
Tip #1: Membina Jenama Perniagaan Dengan Satu Kepakaran
KFC dikenali sebagai pakar makanan ayam goreng, Mc Donald dikenali sebagai pakar makanan burger dan Pizza Hut pula dikenali sebagai pakar dalam pembuatan pizza. Ketiga-tiga jenama ini mempunyai kepakaran berbeza.
Persamaan yang ada pada ketiga-tiga jenama gergasi ini adalah mereka hanya memiliki “satu kepakaran” sahaja. Dengan hanya memiliki satu kepakaran, ini akan memudahkan pelanggan untuk “mencari” perniagaan anda.
Jika anda sakit gigi, anda ingin jumpa doktor klinik biasa atau doktor pakar pergigian? Sudah pasti anda pilih doktor pakar pergigian. Ini membuktikan dengan hanya memiliki satu kepakaran sahaja, imej perniagaan akan kelihatan lebih “berkeyakinan” dan “profesional.”
Tip #2: Kenali Undang-Undang Perniagaan
Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu memahami peraturan atau undang-undang yang telah termaktub di dalam perniagaan. Jika anda gagal mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, anda dan perniagaan boleh menghadapi hukuman.
Anda perlu kenal semua peraturan yang ada. Bak kata pepatah, “Sediakan payung sebelum hujan.” Anda perlu daftar perniagaan anda, perlu mempunyai struktur undang-undang di dalam perniagaan, sistem perakaunan kena jaga dengan teliti dan perlu mematuhi undang-undang buruh apabila mengupah pekerja. Ini semua kena jaga dengan baik.
Tip #3: Minta Bayaran Deposit
Dapatkan bayaran deposit terlebih dahulu sebelum anda memulakan kerja, ini amat penting. Anda tidak membina perniagaan atas dasar “charity”, anda membina perniagaan untuk mencari tambahan rezeki. Rezeki bukan untuk anda seorang sahaja, rezeki untuk para pekerja anda juga.
Walaupun kerja yang ingin dilakukan itu adalah kepunyaan sahabat rapat, anda tetap kena minta bayaran deposit juga. Anda tidak tahu apa yang akan jadi di masa depan. Jika anda tidak minta deposit, mungkin setelah kerja siap pelanggan memberi seribu alasan untuk “tidak” melakukan pembayaran penuh. Anda yang rugi!
Anda ada kos untuk ditanggung, jadi jangan mulakan kerja selagi anda tidak menerima pembayaran deposit. Sekurang-kurangnya deposit yang diminta mesti melebihi 50 peratus dari harga barang jualan.
Tip #4: Jangan Terima Pelanggan Kedekut
Sekiranya pelanggan baru dan berpotensi cuba meminta anda turunkan lagi harga jualan yang sudah diberi potongan harga yang sangat istimewa, jangan terima pelanggan ini.
Kebiasaan pelanggan begini akan menyusahkan perniagaan anda. Mereka akan meminta anda melakukan kerja-kerja yang tidak realistik sehingga boleh membawa kerugian kepada bisnes dari segi wang, masa dan emosi.
Ini perniagaan anda, anda mempunyai kuasa untuk menerima dan menolak pelanggan. Jangan risau menolak satu pelanggan, kerana masih ramai lagi di luar sana yang boleh bertukar menjadi pelanggan bisnes anda.
Tip# 5: Pecat Dengan Segera
Jika seseorang di dalam pasukan kerja anda tidak melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh, pecat sahaja. Ini kerana jika anda membiarkan pekerja ini masih terus bekerja seperti biasa, beliau akan menjadi beban kepada pekerja lain dan ini akan melambatkan proses kerja siap.
Simpan pekerja yang tidak bagus merupakan satu “liabiliti” kepada perniagaan, kerana anda masih membayar gaji kepada beliau walaupun beliau tidak membuat kerja.
Sebab itu, anda dicadangkan membuat “tempoh percubaan” kerja bagi pekerja baru. Tempoh percubaan ini boleh dilakukan selama 3 bulan atau 6 bulan, bergantung kepada anda. Dalam bulan ini, anda akan menilai kerja-kerja yang dilakukan oleh pekerja ini samada ianya bagus atau sebaliknya.
Jika bagus, simpan pekerja ini dan jadikan dia sebagai pekerja tetap. Jika tidak, ucapkan sahaja selamat tinggal kepada beliau.
Tip #6: Minat Dan Ilmu Perlu Seimbang
Salah satu perkara yang paling penting di dalam perniagaan adalah “minat”. Dengan adanya minat yang tinggi, anda akan lebih konsisten untuk mengembangkan perniagaan.
Ada juga yang berkata, jangan biarkan keghairahan minat mempengaruhi keputusan kerja anda. Minat akan memajukan dan mengembangkan perniagaan, manakala “ilmu” pengetahuan akan menunjukkan arah jalan agar anda tidak sesat. Minat dan ilmu perlu seimbang.
Membuat penyelidikan pasaran industri anda dan bercakap dengan pelanggan sasaran merupakan faktor-faktor penting dalam kejayaan perniagaan. Tugas ini memerlukan minat yang mendalam dan ilmu pengetahuan yang tepat. Anda juga boleh meminta bantuan pakar-pakar lain jika anda masih tidak mahir dalam hal ini.
"Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang"
AKU MASIH MENCARI HIDAYAH ALLAH
Ditulis Oleh: Farahanis Mail (MJ AISHAH ENT)
"YA TUHAN KAMI, SESUNGGUHNYA KAMI HAMBAMU YANG SESAT. ENGKAU KURNIAKANLAH HIDAYAH KEPADA HATI-HATI KAMI"
Hidayah ialah cahaya petunjuk Allah S.W.T daripada kufur kepada beriman.
CARA UNTUK MENDAPAT HIDAYAH ANTARANYA:
- Sentiasa berdoa agar diberi petunjuk dalam kehidupan, berdoalah dalam keadaan merendah diri dan bersyukur (berterima kasih) pada Allah.
- Bersihkan hati melalui ibadat wajib dan sunat, solat lima waktu dan solat sunat yang lain.
- Berakhlak mulia sesama makhluk iaitu manusia, binatang dan tumbuhan. CONTOH: Tidak menyakiti manusia, binatang dan tumbuhan, jika ingin membunuh binatang dan memotong tumbuhan hendaklah mempunyai tujuan yang jelas.
- Laksana perintah Allah dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
- Menghadiri ceramah ilmu untuk mengutip ilmu yang membawa kepada kemajuan diri dan keinsafan diri.
- Sentiasa berusaha bersangka baik atas perbuatan seseorang.
- Menggunakan akal fikiran untuk mengetahui rahsia dan keEsaan Allah. CONTOH, lihatlah pada alam dan diri kita sendiri, semua itu mempunyai hikmah tersendiri yang mampu mengajar kita mengenal Allah.
TANDA-TANDA ORANG MENDAPAT HIDAYAH:
- Jiwa sentiasa cenderung pada ilmu yang membawa kepada kebahagiaan dunia akhirat.
- Sentiasa menjauhi tipu daya dunia.
- Sentiasa bersangka baik dengan semua perkara.
- Suka memaafkan orang.
- Sentiasa mengemaskini persediaan menghadapi kematian.
- Sentiasa merenung dan mengingati Allah dalam apa jua keadaan.
"Salam Ukhwah, Salam Kasih Sayang"
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Farra akan senaraikan barang-barang yang wajib ada didapur. Korang boleh guna list kat bawah ni, masa nak shopping s...
-
Faizal Tahir - Starfeather Lirik Bila ku pejam mata Ku mendoakan dirimu Tabah dengan ujianmu Bila ku hilang arah Kau sedarkan diri aku Be...